Pages

"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti " - Saidina Ali Abi Talib

Gunakanlah setiap apa yang ada di sini, moga setiap satunya memberi kebaikan untuk dirimu.
Cukuplah semua ini sekadar satu peringatan. -AfifahasdfghjKL

9/5/15

# 235

Bismillahirrahmanirrahim.

Peranan wanita dalam pembangunan negara tidak mendapat penghargaan daripada masyarakat. Wanita digambarkan sebagai lemah dan acap kali dipergunakan dalam kehidupan. Ramai lagi yang masih belum menyedari bahawa dalam kesopanan wanita itu tersirat ketabahan yang mampu menyumbang terhadap pembangunan negara.

The beauty of modesty...

Angin musim semakin deras dan ganas
meniup tamadun ke era yang pantas
lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah
merebut tunas harapan hijau
dari putik dan pucuk berembun kemilau.

Haruskah kita tunduk mengutip sisa sisa
atau berada di sana meraih sejahtera semata?
Usah kau tanya persoalan dilema
Ini bukan waktunya
untuk berhujah perlu tidaknya
dan masa pun tidak akan menanti
buat mewajar padah atau simpati.

Wanita zaman siber
perlu mengancung minda ke tengah arena
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi
menuju wawasan era globalisasi.

Lepaskan segala belenggu kedaifan
huraikan keliru kekusutan
wanita zaman ini perlu bangun berani
yakin diri
tahan uji
tinggi pekerti
anggun gerak geri
terunggul segala segi.

Mari kita jana semua upaya
dalam menjulang citra seluruh wanita
dengan kudrat mental fizikal
berbekal iman dan semangat cekal
kita gerakkan kemampuan pukal.

Kini sudah tiba waktunya
kita bertakhta di persada dunia.

; Tiba Waktunya - Ghazali Lateh

Wanita itu sebenarnya mampu mendidik dek kerana kelembutan dan keprihatinan mereka.
Wanita itu sebenarnya mampu menyumbangkan tenaga dalam pelbagai bidang dek kerana rajin dan ketekunan mereka.
Wanita itu sebenarnya mampu menjadi pemangkin dan aspirasi negara dek kerana berani dan yakin dalam melepaskan diri dari belenggu kedaifan mereka.
Wanita itu sebenarnya mampu menjadi seorang yang perlu diberi penghargaan dek kerana kekuatan minda dan kekuatan suara wanita mereka.

Jadilah wanita yang kakinya pijak di bumi yang nyata tetapi cita cita, impian dan harapan pasak di langgit yang tinggi !

Rujukan :



{Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar}

✿ Al-Imran ( 3:159 )

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.