“Jika ada kawan yang suka menghukum, perlu tahu seni mendidik. Jika ada kawan yang suka merajuk, perlu tahu seni memujuk. Jika ada kawan yang payah berbincang, perlu tahu seni memulakan. Jika ada kawan yang suka mengata belakang, perlu berhikmah memberi peringatan. Jika ada kawan yang suka berhujah, perlu tahu seni memikat hati.” - Cinta High Class, Fatimah Syarha
Hati ini sudah bertaut pada karya Fatimah Syarha. Bukan sahaja karya malah setiap kata yang dilontarkan. Pada saat semua orang sedang sibuk memenuhi masa pada waktu petang untuk pengabdian terhadap diri sendiri di luar, diri ini memilih untuk duduk di dalam bilik.
Astargfirullah !
Masih banyak ilmu yang belum di timba. Bukan setakat ilmu dalam buku teks di universiti, malah ilmu berkenaan diri sendiri pun masih belum cukup. Betapa kita ini sebenarnya melalaikan ilmu. Jika kita mengatakan kita ini di diskriminasikan oleh golongan itu, golongan ini cubalah buka mata yang bahawa kita sendiri sedang melakukan diskriminasi terhadap diri sendiri.
Sekarang, bila lihat diri sendiri barulah sedar bahawa kita memang serba kekurangan. Allah yang zalim terhadap kita atau kita yang zalim terhadap diri sendiri? Tepuk dada sendiri. Kitalah yang zalim sebab kita sendiri yang tidak berlaku adil pada diri sendiri. Kita yang tidak mendalami ilmu.
Pesan seorang sahabat, "Kalau sibuk sekadar sibuk takcukup. Persoalannya, dengan apa yang kita sibukkan?"
Tenang dan yakinlah untuk menghabiskan masa. Lakukan apa sahaja yang bermanfaat, yang boeh menambahkan ilmu. Selagi bukan perkara dosa, bebaslah lakukan apa sahaja. Nikmati setiap saat dan ketika yang ada kerana sesunguhnya dua nikmat yang sering kita sia siakan ialah kesihatan dan waktu lapang. Diri ini sendiri sengaja memilih untuk menyibukkan diri untuk menyertai aktiviti sehinggakan perlu curi masa untuk hadam dan baca buku buku lain. Masa sangat terhad tetapi Madam Norliza pesan, "Jika kita ada masa untuk melakukan perkara kerana Allah, Allah cukupkan masa kita untuk kita lakukan perkara lain."
Berbahagialah menjadi diri sendiri. Pandangan manusia itu penting tetapi jika ianya hanya memuaskan pandangan mereka semuanya semata mata, ini adalah satu perkara yang gila. Apa yang penting untuk diri kita ialah kita tiada konflik antara pilihan kita dan kehendak Tuhan.
Mudahnya, hentikan perkara yang sia-sia. Itu sahaja.
