Dalam perjalanan Gombak ke Petaling Jaya, aku nekad untuk menghabiskan sebuah buku Kopi-ah (Antologi Cerpen Islamik) di mana aku merasakan minggu ini aku terlampau sibuk menyiapkan assignment, fokus untuk kuiz, menguruskan hal rakan dan persatuan yang menyebabkan misi satu minggu satu buku tergendala. Maka, usai solat jumaat segera ke Stesen LRT Putra dan di situlah mulanya aku membaca buku yang cerpen pertamanya Hari Ini Hari Ibu. Dalam nekad untuk menghabiskan sebuah buku aku mula tersentuh dengan cerpen " Secekal Al-Fateh Segagah Al-Ayyubi "
"Apa salahkah aku ingin menjadi Salahuddin Al-Ayubbi ?"
"Aku lebih suka engkau menjadi Al-Fateh"
" Sultan Muhammad Al-Fateh?"
"Aku hargai pengorbananmu datang menjejakkan kaki di bumi Palestin ini untuk membantu kami. Ya, sememangnya di sini kami memerlukan bantuan pakar perubatan sepertimu. Namun, antara sedar atau tidak, umat Islam di luar sana jauh lebih sakit dari kami yang sedang terlantar di hospital ini. Mereka lebih perlukan rawatan dan perhatian."
"Kota Konstantinopel hanya berjaya dibuka setelah 800 tahun dikhabarkan Rasulullah SAW. Sultan Muhammad berjaya membuktikan kebenaran sabda baginda dengan usaha yang tidak sedikit. Sejak kecil baginda telah disuguhkan bahawa bagindalah yang akan membuka Konstantinopel. Malah kelahiran Salahuddin sendiri telah dirancang seawal zaman Imam Al-Ghazali. Inilah jihadmu. Di bahumu tergalas satu tanggungjawab untuk merancang dan melahirkan generasi sehebat Al-Ayyubi dan secekal Al-Fateh. Hanya generasi berjiwa besar seperti mereka sahaja yang dapat membumikan cita-cita seluruh umat Islam yakni melihat masa depan menjadi milik Islam,”
Terima Kasih Munirah Rashid. Semoga semangat Al Fateh dan Salahuddin Al-Ayubbi sentiasa mekar di dalam jiwa aku supaya terus bergerak dan takkan pernah mengalah.
InsyaAllah.