Mengapa kita asyik cakap pasal orang je ?
Pasal orang je .
Jangan pernah kita menilai masa lampau orang lain kerana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.
Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita yang putih bersih dan tak pernah bercemar dengan noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.
Jangan kita rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising sana sini pada mereka yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu mereka.
Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika kita tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.
Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik 'je' sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.
Mintalah dengan doa.
Doa.