Terlalu banyak dosa.
Terlalu banyak.
Adakah cukup dengan sekali sahaja bertaubat ?
Cukupkah ? Memadaikah ?
Berapa peratus keyakinan yang engkau berani lahirkan dengan
bertaubat sekali itu Allah terus menerimanya ?
Berapa peratus ?
Sungguh mudah jika sedemikian.
Sungguh mudah.
Buat dosa bertubi-tubi.
Sujud taubat hanya sekali.
Yakinkah engkau itu Taubat Nasuha ?
Yakinkah engkau Allah menerimanya ?
Sungguh mudah kau lahirkan keyakinan.
Sungguh mudah.
Sewajarnya,
Buat dosa bertubi-tubi,
Taubat berkali-kali, berterusan.
Mungkin sampai mati.
Astarghfirullah al azim.
Aku takkan berundur diri,
Namun, aku akan pergi
Menyahut seruan Ilahi
Dalam rintihan dosa.
Selamat Tinggal.
