Pages

"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti " - Saidina Ali Abi Talib

Gunakanlah setiap apa yang ada di sini, moga setiap satunya memberi kebaikan untuk dirimu.
Cukuplah semua ini sekadar satu peringatan. -AfifahasdfghjKL

11/22/13

# 144

Bismillahirahmanirrahim.

Hawa nafsu sangat sukar untuk diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Allah kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T. Maka dengan itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu Taqwa. 


Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan mening­galkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauh­kan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat mening­galkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata ­mata. 
Bukan. Bukan.

" Ittaqullah " -‘bertaqwalah kamu kepada Allah’

Namun orang tidak bertaqwa juga. Sedangkan suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah.

Astargfirullah.



{Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar}

✿ Al-Imran ( 3:159 )

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.