Pages

"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti " - Saidina Ali Abi Talib

Gunakanlah setiap apa yang ada di sini, moga setiap satunya memberi kebaikan untuk dirimu.
Cukuplah semua ini sekadar satu peringatan. -AfifahasdfghjKL

8/4/13

# 85

Bismillahirahmanirrahim . . .

Apabila ada hamba Allah yang suka menyakitkan hati kita dengan berlagak sombong, cakap besar dan seumpamanya, pasti akan timbul dalam diri kita perasaan benci dan marah. Kalau diikutkan hati yang bengang, kita mungkin akan balas dendam dengan pelbagai cara. Tetapi, siapa yang akan menang nanti ? 

Yes. Bila orang kasar dengan kita, memang akan ada desire dalam diri kita ini untuk membalas kekasarannya dengan kekasaran kita.  Tetapi, kenapa kita bersikap seperti itu ? 

Semuanya kerana ;
   Memuaskan diri. 
         Memuaskan nafsu.
              Memuaskan ego.
{Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar}

✿ Al-Imran ( 3:159 )

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.