Bangun. Majukan lah diri anda. Bukalah mata dan lihat dunia sebenar. Jangan takut dengan apa yang mendatang. Hadapi lah hari-hari seterusnya dengan tabah. Mungkin ini hanya sementara. Jangan bersedih kerana segalanya pasti akan berakhir suatu hari nanti. Percayalah.
Dugaan menguji keimanan manakala kesakitan ialah penghapus dosa-dosa kecil. Bersabarlah menghadapinya. Tidak Rugi Jika Kita Redha dan Bersabar. Redha akan dibalas dengan Redha. Sabar dibalas dengan Pahala. Berdoalah kepada Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan kita kerana Allah itu Maha Mendengar. Tidak Sia-Sia jika kita mengadu kepada Allah apa yang kita lalui dan tempuhi. Allah Maha Mengetahui. Namun, janganlah kita menunding jari apabila kita diterima ujian, musibah, penyakit dengan menyalahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dulu. Mungkin itu kesilapan kita.
Belajarlah memohon maaf dengan orang lain dan Cubalah untuk memaafkan orang lain. Kita Hanya Manusia Biasa. Melakukan kesilapan adalah perkara biasa. Biasa-biasakanlah perkara yang betul dan Betul-betulkanlah perkara biasa kerana tidak semua perkara biasa yang kita lakukan itu adalah betul. Maafkan lah Manusia lain. Lupakan semua. Bermulalah dengan sesuatu yang baru.
Berubah lah.
Berubah untuk menjadi hamba Allah yang Taat ,
Berubah untuk menjadi Anak Yang Solehah ,
Berubah untuk menjadi Rakan , Kawan, Sahabat yang Baik ,
Berubahlah untuk menjadi individu yang disenangi oleh orang lain dan masyarakat ,
Berubalah untuk menikmati kesenangan hidup di hari yang mendatang.
Ya, Allah ; Kuatkan lah hambamu ini. Sesungguhnya aku sudah jatuh terduduk dan tidak mampu berbuat apa-apa. Aku tidak seperti dulu yang mampu tersenyum. Aku tidak seperti dulu yang tidak mudah mengalah. Aku juga tidak bersemangat seperti dulu. Aku Ingin agar Aku kembali seperti dulu dengan suasana, rakan, keadaan, kesihatan dan persekitaran yang sepeti dulu. Ya, Allah ; Aku memohon pertolongan mu. Janganlah kau jauhkan aku darimu. Aku mohon agar setiap musibah yang engkau lemparkan itu Aku hadapi dengan tabah. Kurniakanlah kesihatan , persekitaran , keadaan , rakan , kawan yang terbaik untuk aku jalani hidup aku untuk hari seterusnyaa agar aku mampu berjuang di dunia dan akhirat. Akhiri lah kehidupanku dengan sesuatu yang baik. Agar aku hidup tenang di alam lain. AMIN.
Jangan kenang perkara lepas kerana semuanya telah berlalu.
Mulakan Hidup yang Baru dengan Semangat yang Baru.
Be Strong.


