Pages

"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti " - Saidina Ali Abi Talib

Gunakanlah setiap apa yang ada di sini, moga setiap satunya memberi kebaikan untuk dirimu.
Cukuplah semua ini sekadar satu peringatan. -AfifahasdfghjKL

4/10/12

#8

Assalamualaikum.

Apabila aku berada di hadapan,
Aku dapat lihat berjuta aksi manusia yang ada di hadapan aku.
Ada yang tidur, menguap, bergelak tawa 
Dan ada juga manusia yang tidak menghiraukan.
Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kita memang tidak tahu setiap apa yang berlaku tetapi
kita harus mencuba untuk mengetahui keadaan persekitaran
supaya apa yang kita tidak tahu, kita tahu.
Tahu ?

Namun, apa yang buat aku resah dan musykil ialah . . 
Bila aku habis bercakap di hadapan dan bergerak untuk ke belakang
Mereka menepuk tangan dengan sepenuh hati.
Apa yang mereka tepuk ? Kenapa ?

Risau aku melihat keadaan mereka yang sedemikian.
Ya Allah, apa yang dah berlaku yang aku tidak tahu ?


{Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar}

✿ Al-Imran ( 3:159 )

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.