Assalamualaikum.
Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah.
Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah.
Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah sekalipun mesti ingat kerana Allah.
Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya.
Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renungkan pada diri kita sendiri.
Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas.
Kasihan ibubapa kita jika kita tidak berakhlak baik malah mereka mendapat dosa.
Ramai ibu bapa mudah tertipu dengan anak comel yang diberi Allah tetapi mengecilkannya.
Jaga niat kita sentiasa.
- Prof Dr Muhaya. -